Senin, 25 Oktober 2010

kemaafan

Kemaafan...




Aku menangis...mengharap belas Tuhan ku. Dia yang menciptakan ku dan Dia yang mengetahui segala perihal hidup ku. Aku perlu kekuatan Ya Allah...Aku perlu kekuatan...untuk berhadapan dengan nafsu ku...akal ku...ego ku...kelemahan ku...musuh-musuh ku...

Aku ingin hidup bahagia di akhirat...tapi aku takut untuk berhadapan dengan dunia ku...ada apa dengan dunia ku Ya Allah..???

Aku tidak mahu jadi seperti dulu. Aku tak mahu menunding jari ke arah hamba-hamba-Mu yang lain...Sesungguhnya, Kau yang berhak atas segalanya. Aku tak berhak menyalahkan hamba-hamba-Mu atas kesalahan yang aku lakukan.

Aku memaafkan mereka semua...Aku memaafkan mereka kerana Engkau, Ya Allah...untuk mendapatkan keampunan-Mu.... Tapi, aku takut untuk berhadapan dengan dosa-dosa yang ku lakukan pada hamba-hamba-Mu sama ada aku sedar ataupun tidak...bagaimana caranya untuk menghadapinya?

Aku terfikir untuk jadi lebih baik...tapi aku berfikir, aku menjadi lebih jahat...Apakah Kau tidak kasihan melihat ku, Ya Allah...Setiap kali aku ingin berputus harap...setiap kali itu lah aku berharap Kau kasihani aku dengan cahaya-Mu...Aku tak kuat, Ya Allah...Aku lemah...

Memang itu semua salah ku...pada siapa aku ingin mengadu...

Ya Allah...Kau tahu...aku sayangkan semua ahli keluargaku...berikan kami cahaya...ssayangkan kami...Bagaimana harus aku lakukan?Aku sayangkan mereka...Aku tak mengharapkan kekayaan hidup di dunia ini...Aku mengharapkan sinar bahagia di akhir sana untuk ibu ku...untuk abah ku...untuk kakak-kakak ku...untuk abang-abang ku...

Memang, aku selalu berdoa di usia kecil ku...agar Allah panjangkan umur kami hingga tiba ke hari kiamat...Aku memang bodoh..Aku memang tidak mengetahui apa-apa ketika itu...Aku sangka, dunia ini indah...tapi...aku baru sedar, dunia ini ujian...

Aku sayangkan mereka, Ya Allah...tapi, jadikan lah aku hamba-Mu yang menyayangi mereka hanya kerana-Mu...dan cintaku pada-Mu dan Rasul-rasul-Mu melebihi segalanya...

Berikan aku peluang untuk mencari cinta-Mu dan mencintai-Mu...


Duniaku...


Aku menangis sendiri. Aku tertawa sendiri. Aku tersenyum sendiri. Aku kecewa sendiri. Aku merasa sedih sendiri. Dunia ku sendiri.

Aku suka bersendiri. Tapi aku mahu sentiasa di sisi manusia yang aku sayang. Aku egois tapi hakikatnya aku lemah. Aku bijak tapi aku jahil. Aku sangka aku akan bahagia tapi aku menderita. Aku sangka, aku berlari. Tapi aku merangkak.

Aku menjerit, tiada siapa mendengarku. Namun, apabila aku berbisik, suatu kedamaian yang aku temui. Aku memberontak, lupa diri...merasa diri hebat! Aku sengsara. Aku merasa sasuatu hilang dalam diri ini. Namun, apabila aku akur...aku bahagia. Aku dpat merasakan dunia ini indah tapi ada aturannya.

Aku kembali bermimpi. Mimpi sesuatu yang sukar untuk aku menggapainya. Siapa aku? Hanya menangis dan merintih di malam hari? Tetapi di siang hari, aku tertawa bahagia...seolah-olah lupa segala rintihan ku?

Aku ingin bermimpi untuk menjadi sekuat Sumaiyah. Kematian...Aku tidak kuat untuk menempuhnya. Aku takut untuk berhadapan dengan Penciptaku saat ini. Aku belum menjual jiwa dan hartaku untuk-Nya. Terlalu sedikit amal ku dan terlalu banyak dosa ku.

Iman ku belum sempurna. Aku belum menyayangi dan mengasihi saudara-saudaraku seperti mana aku sayangkan dan kasihkan diri ini. Aku lemah dan hina. Aku masih lupa akan janji ku pada-Nya. Aku masih belum sempat untuk berbakti kepada kedua orang tua ku. Masihkah ada lagi kesempatan untuk ku meraih cinta-Nya?


Mimpi...

antara SYURGA dan NERAKA


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cabaran) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqarah:214)

Aku hidup di atas dunia ini sebagai seorang manusia. Aku dikurniakan akal, untuk berfikir. Aku dikurniakan nafsu, untuk menikmati keindahan dunia. Tapi, aku juga memiliki hati nurani untuk memilih yang terbaik antara pelbagai pilihan yang ada.

Setiap langkah yang aku hayun, aku melalui ujian dan menikmati kurnia-Nya. Bermula dari aku melihat dunia, aku tidak mengerti. Apalagi untuk memahami kehidupan ini. Aku? Siapa aku?

Aku teruskan perjalanan ini, menikmati kemeriahan masa remajaku. Semoga aku dapat menjawab dengan tenang di hadapan Penciptaku tentang pekerjaan yang aku lakukan di usia remajaku. Apakah aku habiskan umur remajaku menuju ke Syurga-Nya atau Neraka-Nya?

"Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum Mukminin jiwa dan harta mereka dengan dibayar syurga." (At-Taubah:11)

"Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan) kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa." (Al-An'aam:153)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar